Noorainee, Lee Chong Wei terima pingat kebesaran TYT Sabah

0
2

ISTERI bekas perdana menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei antara 1,299 penerima anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena Ulang Tahun Yang Dipertua Negeri Sabah (TYT) ke-68 esok.

Noorainee menerima anugerah tertinggi negeri iaitu Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Enam individu lain yang turut menerima anugerah SPDK ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; bekas Ketua Menteri, Tan Sri Chong Kah Kiat; bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Yee Moh Chai; Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun.

Chong Wei bakal menerima anugerah Jaksa Pendamai (JP) bersama sembilan lagi penerima termasuk Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Jafry Ariffin.

Manakala 66 individu akan menerima anugerah kedua tertinggi, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’, termasuk Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jonathan Yassin; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir Shahelmey Yahya; Datuk Bandar Kota Kinabalu Noorliza Ag Alip.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Karunanithy Y Subbiah; Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Rose Nani Mudin; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass.

Selain itu, seramai 95 individu akan menerima anugerah Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK); Ahli Darjah Kinabalu (233), Bintang Setia Kinabalu (346), Bintang Kinabalu (400) dan Pingat Perkhidmatan Terpuji (142). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here