Inisiatif jadikan graduan usahawan antara KPI MEDAC – Noh Omar

0
2

MENTERI Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar, berkata inisiatif untuk melahirkan golongan graduan sebagai usahawan menjadi salah satu KPI kementerian itu.

Beliau berkata, golongan graduan sememangnya menjadi fokusnya utamanya dalam kementerian berkenaan.

“Sejak program ini dilancarkan pada tahun 2014 sehingga Julai 2021, sejumlah RM135.7 juta nilai jualan terkumpul berjaya dihasilkan daripada perniagaan yang dijalankan oleh usahawan belia daripada program TUBE ini.

“Sebagai bukti komitmen saya dalam hal ini, inisiatif untuk menjadikan graduan sebagai usahawan telah saya letakkan sebagai salah satu KPI kementerian saya,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Noh yakin usaha untuk memperkasa usahawan belia dan graduan dapat dilipat gandakan.

“Saya yakin dengan kerjasama MEDAC dan pihak Kementerian Pengajian Tinggi, usaha kita ini akan dapat digandakan lagi berbanding tahun-tahun sebelum ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here