Sharifudin Abdul Rahim
KELONGGARAN demi kelonggaran yang dibenarkan kerajaan membawa cerita gembira buat orang ramai termasuk pencinta haiwan.
Bermula hari ini, Zoo Negara dibuka semula kepada pengunjung dengan menyediakan promosi potongan harga tiket 20 peratus hari ini.
Selain itu, 500 pengunjung terawal akan mendapat tiket percuma bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Mac 2022.
Tinjauan Malaysiapost mendapati ramai pengunjung datang bersama keluarga menikmati keindahan alam semulajadi dan melihat pelbagai jenis haiwan di Zoo Negara.
Antara paling mencuri tumpuan tentulah keletah anak kedua dan ketiga panda gergasi, Liang Liang yang membuatkan kanak-kanak teruja. – Malaysiapost




















