KKM nafi ‘Varian Mu’ masuk Malaysia

0
3

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menafikan kesahihan kandungan berita di sebuah portal bertajuk ‘Covid-19 Varian Mu Sudah Masuk Malaysia, Dokter Paru: Indonesia Jangan Kecolongan Lagi’ seperti tular di media sosial.

Perkara itu dimaklumkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menerusi kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, berita tersebut antaranya mendakwa bahawa kononnya terdapat varian baharu Covid-19 yang dikenali sebagai ‘Varian Mu’ telah memasuki Malaysia yang bermutasi lebih pantas berbanding varian sedia ada.

“KKM meminta orang ramai agar tidak menyebarkan berita tidak benar yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Sebaliknya, orang ramai disaran untuk merujuk media sosial rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here