Belanjawan 2022: Inisiatif bantu pekebun kecil ditambah baik

0
1

KERAJAAN amat prihatin dengan permintaan industri sawit, getah dan komoditi lain yang terkesan akibat pandemik Covid-19, kata Menteri Kewangan, Datuk Ser Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan terus membantu dalam usaha memperkukuh dan meningkatkan sosio-ekonomi pekebun kecil menerusi Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan pada 29 Oktober ini.

“Perbincangan bersama Datuk Zuraida Kamaruddin, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi hari ini (semalam) tentang dasar dan hala tuju sektor ini untuk memastikan ia terus berada pada landasannya.

“Sektor itu antara penyumbang terpenting kepada pendapatan negara setiap tahun iaitu kira-kira RM60 hingga RM70 bilion. Perbincangan berkisar berkenaan industri sawit, getah dan komoditi lain,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Tengku Zafrul berkata, di bawah Belanjawan 2021, kerajaan telah meneruskan program pemilikan sijil Minyak Sawit Mampan dengan peruntukan RM20 juta bagi merancakkan pertumbuhan dan meningkatkan daya saing industri sawit negara.

Selain itu, katanya, geran padanan sebanyak RM30 juta diperkenalkan untuk menggalakkan pelaburan dalam mekanisasi dan automasi. “Di samping itu, insentif pengeluaran lateks sebanyak RM16 juta telah disediakan secara padanan bagi menggalakkan pengeluaran lateks.

“InsyaAllah, inisiatif-inisiatif ini akan ditambah baik bersama inisiatif baharu yang sesuai dengan keperluan semasa demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here