Ibu arwah Abam Bocey meninggal dunia

0
2

IBU kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Sabariah Arshad meninggal dunia akibat serangan asma dan komplikasi pelbagai penyakit di Hospital Selayang, jam 11.54 malam tadi.

Berita duka itu dimaklumkan Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menerusi hantaran status di laman Instagram.

“Assalamualaikum, mak saya telah pergi menghadap Ilahi. Doakan mak saya ya semua. Mak jumpa abang di sana,” katanya

Sebelum ini, ibunya diserang penyakit asma dan dimasukkan ke zon kritikal (zon merah) hospital berkenaan pada Selasa lalu.

Difahamkan, Sabariah juga telah ditidurkan dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Menurut Ali, jenazah ibunya akan dimandikan di masjid BT8 Gombak sekitar jam 9 pagi dan akan dikebumikan di tanah perkuburan sama dengan arwah Abam iaitu Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak sebelum solat Jumaat, hari ini.

Turut berkongsi berita sama adalah rakan pelawak, Achey menerusi hantaran Instagram miliknya.

Pada Disember 2020, Sabariah pernah dikejarkan ke hospital sama kerana serangan asma dan menggunakan alat bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here