MOSTI belanja RM314 juta untuk PICK

0
2
KUALA LUMPUR, 27 Julai -- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menjelaskan isu tindakan menangani pandemik COVID-19 pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga, Majlis Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

[PARLIMEN] SEBANYAK RM314 juta daripada peruntukan RM1 bilion diberikan kepada Kementerian Sains, teknologi dan Alam Sekitar (MOSTI) telah digunakan bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), setakat 30 Ogos lalu.

Menterinya, Datuk Seri Adham baba berkata, sebanyak 2.8 bilion telah dibelanjakan untuk membeli vaksin.

“Manakala RM2.6 bilion untuk logistik vaksin dan bagi program imunisasi oleh pengamal perubatan swasta kita berikan sebanyak RM210 juta.

“Untuk aset program PICK KKM sebanyak RM19 juta dan bekalan pakai habis pula sebanyak RM11 juta manakala bahan pendidikan vaksin termasuk kad vaksinasi dan borang kebenaran sebanyak RM2.9 juta.

“Bagi kos pengurusan pembelian vaksin RM1.3 juta dan pasukan imunisasi dan naik taraf sistem did KKM RM443,000,” katanya.

Beliau berkata demikan menjawab soalan Yeo Yee Yin (PH-Bakri) berhubung kos vaksinasi dan PICK secara keseluruhan di Dewan Rakyat hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here