DAP pecat Julius Favianus

0
2

JAWATANKUASA Disiplin DAP Kebangsaan hari ini, memecat keahlian Julius Favianus yang bertanding di bawah tiket Parti Liberal Demokratik (LDP) di Bingkor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Chong Chieng Jen, berkata tindakan Julius itu jelas melanggar disiplin parti dengan mencalonkan diri sebagai calon di bawah panji LDP untuk kerusi Bingkor.

“Parti dan gabungannya, Warisan Plus sudah memutuskan kerusi Bingkor akan ditandingi oleh calon DAP menggunakan logo Warisan.

“Mana-mana ahli parti yang bertanding sebagai calon menentang rakan dari Warisan Plus adalah tindakan yang salah dan bertentangan dengan parti,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Chieng Jeng berkata, tindakan Julius itu adalah pengkhianatan kepada mereka yang ingin mempertahankan Kerajaan Warisan Plus di Sabah.

“DAP tidak akan bertolak ansur dengan pengkhianatan seperti itu dan memecat keanggotaannya serta merta,” katanya.-Malaysiapost