Adik TYT calon Warisan di kubu kuat Musa Aman

0
1

PARTI Warisan Sabah (Warisan) mempertaruhkan bekas ketua Wanita Umno Sabah, Armani Mahiruddin Yang juga adik Yang di-Pertua Negeri, di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga.

Armani akan bersaing dengan empat lagi calon lain di kubu kuat bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman.

Musa tidak bertanding buat pertama kali sejak menjadi wakil rakyat di Sungai Sibuga pada 1994.

Armani, 54, akan mempertaruhkan pengalamannya sebagai bekas ketua Wanita Umno Sabah dan pemimpin Wanita Umno Sungai Sibuga selama 22 tahun serta kedudukannya sebagai wanita pertama yang menjadi timbalan speaker Dewan Negara.

Armani, dua dari kiri

Armani berkata, beliau mahu membawa perubahan di Sungai Sibuga terutamanya dari aspek pembangunan

“Walaupun Sungai Sibuga dipegang bekas ketua menteri kita, masih banyak perubahan yang boleh dilakukan, terutama pembangunan di sana.

“Saya sedia (untuk dibandingkan dengan Musa) dan jika diberi peluang dan menang, saya akan lakukan perubahan.

“Kita dapat lihat pengaruhnya sebagai bekas pemimpin sudah berlalu. Tapi kita masih menghormatinya,” katanya.

Armani menyertai Warisan bersama-sama 200 anggota Umno Sandakan pada Mei 2018, beberapa minggu selepas Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai ketua menteri. -MalaysiaPost