AS6.94 juta hilang: Pejabat Peguam Negara terima kertas siasatan

0
2
bernama

BAHAGIAN Pendakwaan Pejabat Peguam Negara telah menerima kertas siasatan berkaitan kes kehilangan wang AS6.94 juta (RM29 juta) melibatkan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jabatan Peguam Negara menerusi kenyataan hari ini memaklumkan kertas siasatan itu diterima daripada SPRM semalam.

“Bahagian ini akan mengkaji dengan teliti dan menyeluruh sebelum sebarang keputusan dibuat sama ada membuat pertuduhan atau mengeluarkan arahan untuk siasatan lanjut,” kata kenyataan itu.

SPRM sebelum ini menahan tiga pegawainya selepas bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid membuat laporan bahawa sejumlah besar wang tunai yang dirampas dalam siasatan terhadapnya pada 2018 hilang.

Polis kemudian mengesahkan pihaknya menahan seorang pegawai kanan SPRM pada 21 September lalu untuk siasatan memiliki dadah berbahaya, senjata api serta peluru.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dilaporkan berkata, dua kertas siasatan telah dibuka berhubung tangkapan itu. – Malaysiapost

Kredit Foto: Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here