Iqbal terguris gara-gara video parodi Catriona Ross

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1632904688443","origin":"unknown","fte_sources":[],"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

ANGKARA video parodi berlakon sebagai Datuk Seri Vida (DSV) telah disalah erti, pelakon Catriona Ross tampil memohon maaf menerusi hantaran di InstaStory, semalam.

Catriona atau lebih mesra disapa ‘Kak Kek’ dalam sebuah video memohon maaf kepada usahawan kosmetik itu dan bekas pembantu peribadinya iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli.

Katanya, dia menafikan tuduhan Iqbal yang mendakwa video parodi tersebut dilakukan semata-mata kerana wang ringgit.

“Saya minta maaf kerana ambil masa lama untuk membalas anda. Saya sibuk menguruskan keluarga di rumah walaupun Iqbal merasakan Kak Kek sengaja nak berdiam diri.

“Hakikatnya apabila di rumah, masa kita sangat padat. Menjawab isu pertanyaan Iqbal adakah saya melakukan parodi itu disebabkan duit? Saya nak jelaskan kepada Iqbal, tidak semua benda dalam hidup saya berkiblatkan duit,” katanya.

Pelakon berdarah kacukan itu memberitahu, video parodi tersebut dilakukannya atas dasar kerja sekali gus menafikan tuduhan dia menerima tawaran lumayan.

“Sebagai seorang profesional, saya akan melakukan tugas mengikut kehendak, keperluan dan profesionalisme sebagai seorang pelakon.

“Tetapi menghormati pandangan dan perasaan Iqbal, saya minta maaf dengan hati terbuka. Mudah-mudahan Iqbal berasa lebih tenang dan damai selepas ini.

“Saya juga terkejut apabila Iqbal mengatakan dia mengalami depresi kerana masalah tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga sempat menitipkan pesanan kepada Iqbal agar berani dan terus kuat untuk menghadapi sebarang dugaan.

“Sebagai seorang kakak kepada seorang adik dan jauh lebih matang, saya nak nasihatkan Iqbal. Sekiranya takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai dik. Memang susah! Memang ujian kita sangat dahsyat.

“Kepada Iqbal yang seolah-olah menceburi dunia selebriti, dunia di mana orang mengenali kita, Iqbal kena sangat kuat. Jangan ambil benda yang kecil sebagai satu kudis dan mudah-mudahan Iqbal menerima permohonan maaf saya ini. Terima kasih,” katanya lagi.

Sebelum ini, sebuah video parodi lakonan Catriona, Jihan Muse dan Danial Zain yang melakonkan semula babak kejutan hari jadi Iqbal kepada Vida tular dalam media sosial.

Menerusi komen-komen di media sosial, rata-rata netizen geli hati dengan video parodi berkenaan dikatakan seakan-akan ‘hubungan’ DSV dan Iqbal.

Bagaimanapun, Iqbal menerusi hantaran di media sosial memberi respon yang berpendapat hatinya terguris dan terkilan dengan gurauan tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here