Segera wujudkan Mahkamah Sesyen Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak

0
2
Timbalan Speaker, Datuk Seri Azalina Othman. Malaysiapost/Sharifudin Abdul Rahim

[PARLIMEN] MAHKAMAH Sesyen Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak perlu diwujudkan segera di seluruh negara seperti dipersetujui kerajaan sebelum ini.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Ohman Said menegaskan perkara itu sudah dipersetujui kerajaan ketika beliau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa era Barisan Nasional (BN), namun hingga kini ia masih tidak dilaksanakan.

Beliau berkata, kes-kes jenayah membabitkan kanak-kanak perlu diberi tumpuan apatah lagi dengan pandemik Covid-19 yang meningkatkan kes penderaan dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

“Saya nak cakap pasal jenayah seksual kanak-kanak. Masa saya menteri, saya nak wujudkan mahkamah sesyen di semua negeri (jenayah seksual kanak-kanak). Kerajaan (ketika itu) dah setuju, tapi sampai hari ini tak buat.

“Apabila ke mahkamah jenayah biasa, anak-anak mangsa jenayah seksual ini masuk keluar kes dah besar panjang. Siapa nak jadi saksi? Malu,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), hari ini.

Menurutnya, kerana itulah mahkamah khas, bilik saksi khas dan pendekatan khas diperlukan bagi kes-kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

“Kalau setakat nak jadi menteri tapi ini pun tak boleh selesai, tak payah jadi menteri. Anak-anak ini adalah masa depan negara,” katanya.

Sementara itu Dr Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam) turut mencelah membangkitkan isu gangguan seksual di sekolah.

“Di sekolah lain kerana ada ramai guru yang membantu. Tetapi di rumah ini ‘harapkan pegar, pegar makan padi’, anak-anak jadi mangsa seksual siapa hendak dipertanggungjawabkan,” kata Azalina. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here