Covid-19: 12,434 kes baharu hari ini

0
1
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

SEBANYAK 12,434 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan 2,232,960 kes direkodkan di Malaysia sejak wabak berkenaan melanda negara.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, Sarawak mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 2,967 kes.

Diikuti Selangor dengan 1,362 kes, Johor (1,289), Kelantan (1,125) dan Sabah 1,000 kes.

Perak pula merekodkan 971 kes manakala Pulau Pinang (863), Kedah (652), Terengganu dan Pahang (663).

Melaka melaporkan sebanyak 3375 kes, Kuala Lumpur (284), Negeri Sembilan (169) Perlis (79), Putrajaya (18) dan Labuan hanya lima kes baharu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here