Lebih 85 peratus populasi dewasa di Malaysia telah lengkap vaksinasi

0
2
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat PPV pandu lalu di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol hari ini. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif.

PERATUSAN vaksinasi populasi dewasa di Malaysia sehingga semalam adalah 85.1 peratus membabitkan 19,945,616 individu yang lengkap vaksinasi.

Manakala yang mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi adalah sebanyak 94 peratus atau 23,178,045 individu menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin kini, setakat semalam adalah 43,028,919 dos.

Berdasarkan data dan infografik dikongsi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba di laman Twitternya, jumlah dos vaksin yang diberikan semalam adalah 329,722 dos.

Sebanyak 168,734 dos adalah dos satu daripada dua dos dan 160,988 dos lengkap.

Peratusan populasi keseluruhan di Malaysia yang lengkap vaksinasi adalah 61.1 peratus, manakala yang mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi adalah 71 peratus.

Jumlah populasi dewasa di Lembah Klang yang lengkap vaksinasi kini sudah melebihi 100 peratus iaitu 110.2 peratus, diikuti Labuan (98.4), Negeri Sembilan (96.7) dan Perlis (90.1)

Sarawak juga mencatatkan peratusan populasi dewasa lengkap vaksinasi yang tinggi iaitu 89.4 peratus, manakala Melaka (87), Terengganu (83.7) dan Pulau Pinang (81.1).

Tiga negeri kini merekodkan kadar vaksinasi lengkap lebih 70 peratus bagi populasi dewasa iaitu Johor 79.4 peratus, Pahang 72 peratus dan Kedah 71.9 peratus.

Perak pula mencatatkan 69.9 peratus, diikuti Kelantan 68.7 peratus, manakala Sabah hanya mencatatkan 59.5 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here