Jelutong ‘bengang’ tak dibenar mencelah

0
2

[PARLIMEN] AHLI Parlimen Jelutong, RNS Rayer menimbulkan sedikit kekecohan di Dewan Rakyat, hari ini apabila mencabar Datuk Seri Najib Razak untuk berbahas berhubung sistem cukai. 

Keadaan itu berlaku selepas beliau tidak dibenarkan mencelah ketika Ahli Parlimen Pekan itu membahaskan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK) hari ini. 

Rayer dilihat beberapa kali bangun untuk mencelah ketika bekas Perdana Menteri itu berucap mengenai kebaikan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN). 

Najib bagaimanapun bertegas tidak memberi laluan kepadanya kerana ingin meneruskan perbahasannya. 

Tindakan Rayer itu turut diberi amaran beberapa kali oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun kerana mengganggu kelancaran persidangan. 

“Tolonglah YB-YB (Yang Berhormat), beri peluang kepada YB Pekan kerana dia mempunyai lantai percakapan sekarang. Jadi hormatilah sesama sendiri,” kata Azhar yang menegur tindakan Rayer. 

Bagaimanapun Ahli Parlimen DAP itu masih tidak berpuas hati dan menyuarakan mengenai Peraturan 36 (12) Peraturan Mesyuarat iaitu mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis. 

“Penjelasan saya GST membebankan rakyat,” katanya. 

Azhar kemudian menjelaskan kepadanya bahawa pencelahan tidak boleh berbahas tetapi hanya untuk meminta penjelasan sahaja dan dia juga tidak diberikan laluan untuk mencelah. 

Rayer kelihatan lebih ‘bengang’ apabila Najib memberi laluan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan untuk mencelah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here