Pemandu Alphard didakwa ‘lorat’ ke lapangan terbang

0
3
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1632810236697","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

PEMANDU berkejar ke lapangan terbang dipercayai punca sebuah kenderaan mewah didakwa milik seorang timbalan menteri dipandu secara berbahaya, berdasarkan siasatan awal polis.

Toyota Alphard dengan nombor pendaftaran P45 itu dilaporkan dipandu lelaki berusia 31 tahun, iaitu pemandu timbalan menteri berkenaan, lapor Malaysiakini.

Menurut portal itu yang memetik sumber, ketika kejadian pemandu tersebut memandu sendirian dari rumahnya menghala ke rumah majikan untuk dihantar ke lapangan terbang.

“Pemandu itu memotong di garisan berkembar kerana ingin sampai cepat di rumah majikannya kerana penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 5.50 petang,” kata sumber itu.

Semalam, Polis Kelantan mengesahkan menerima satu laporan berkaitan sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran ‘P45’ yang memandu secara berbahaya sehingga tular di Facebook, sejak kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Suhaimi Jusoh memaklumkan susulan itu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, video berdurasi 38 saat itu dikongsikan menerusi akaun Facebook iaitu ‘ANA TAHU’ dan mendakwa kenderaan dengan nombor pendaftaran ‘P45’ itu dipercayai milik seorang timbalan menteri.

Sementara itu Shuhaimi berkata, sisatan kes itu masih diteruskan, manakala lelaki tersebut kini berada di Kuala Lumpur.

“Pemandu tersebut terus memandu ke Kuala Lumpur selepas menghantar majikannya ke lapangan terbang. Dia masih berada di Kuala Lumpur dan sudah dihubungi untuk membantu siasatan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here