Mesyuarat ketiga Menteri Kuartet fokus pembukaan sekolah

0
2

MESYUARAT kali ketiga Menteri Kuartet Covid-19 yang berlangsung hari ini dengan tumpuan kepada pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial dengan selamat (Reopening Safely) khususnya pengoperasian sesi persekolahan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata turut diberikan tumpuan ialah perkembangan proses penilaian semula terhadap pelaksanaan MyTravelPass oleh Jabatan Imigresen (JIM).

“Insya-Allah, setiap yang diperhalusi tadi akan dibawa ke Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri esok,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman; dan Ketua Pengarah JIM, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud.

Menjawab pertanyaan pengikut laman Facebooknya berhubung ramai pasangan terkandas akibat isu melibatkan MyTravelPass, Hishammuddin memberi jaminan ia akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat esok. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here