Polis siasat Alphard timbalan menteri memotong di garisan berkembar

0
3
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1632747203844","origin":"unknown","fte_sources":[],"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

POLIS menyiasat dakwaan kesalahan trafik membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipercayai milik seorang timbalan menteri di Gong Dermin, Kota Bharu, Kelantan tular di media sosial.

Video tular berhubung kejadian berkenaan menunjukkan MPV jenis Toyota Alphard berwarna hitam dengan tertera Timbalan Menteri di nombor pendaftarannya bertindak memotong di garisan berkembar ketika keadaan sesak di laluan terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan Superintendan Suhaimi Jusoh, mengesahkan menerima laporan berhubung video tular berdurasi 38 saat itu.

Menurutnya, video berkenaan dimuat naik seorang pengguna Facebook dan kemudian menjadi tular.

“Berdasarkan video berkenaan, didapati pemandu kenderaan bertindak memotong beberapa kenderaan lain di garisan berkembar secara merbahaya yang mana terdapat kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

“Hasil siasatan, kejadian berkenaan berlaku di laluan Bukit Marak-Binjai, berdekatan sebuah jambatan di lampu isyarat Chabang Tiga, Gong Dermin.

“Polis akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya untuk sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan agar dapat mengelak daripada berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini terutama membabitkan kehilangan nyawa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here