Pengusaha bas mohon kerajaan lanjut pembayaran pengecualian saman JPJ

0
3

PERSEKUTUAN Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia memohon kerajaan mempertimbangkan rayuan mereka bagi melanjutkan tempoh pengecualian saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga Disember ini bagi meringankan beban pengusaha bas yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Presidennya, Amali Munif Rahmat berkata, walaupun pengecualian itu hanya dikenakan RM150 namun ramai pengusaha bas sekolah kini terjejas disebabkan pelaksanaan PKP.

Beliau turut mempersoal pengurusan JPJ dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) yang disifatkan mengelirukan dan membebankan pengusaha bas.

“Justeru, Menteri Pengangkutan mengumumkan Pengecualian Saman RM150 bagi yang PUSPAKOM bermula 1 Jun 2021 hingga 31 Julai 2021 seterusnya dilanjutkan bagi yang tamat PUSPAKOM 1 Ogos 2021 hingga 30 September 2021.

“JPJ Malaysia kemudian hanya membenarkan penanguhan pemeriksaan berkala PUSPAKOM kepada kenderaan perdagangan yang belum melepasi tarikh tamat PUSPAKOM, bagi tempoh 1 Jun 2021 hingga 31 Julai 2021.

“JPJ dan PUSPAKOM juga tidak membenarkan orang awam hadir secara fizikal, jadi… macam mana nak buat penangguhan pemeriksaan berkala PUSPAKOM di JPJ,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, beliau berkata, bagi sesi persekolahan yang akan bermula 3 Oktober ini pula, hanya bagi pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Tinggi (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), maka segelintir ibu bapa sahaja yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Justeru, katanya, dengan keadaan itu, pendapatan pengusaha bas masih lagi terjejas, dan nilai RM150 untuk pembayaran pengecualian saman JPJ itu besar bagi mereka.

“Bila sesi bersemuka persekolahan untuk pelajar SPM dan STPM bermula 3 Oktober 2021, manakala pelajar lain hanya melibatkan negeri Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara. Hanya kurang 2% sahaja dari jumlah Pelajar SPM yang menggunakan khidmat bas sekolah.

“Manakala bagi Sesi bersemuka persekolahan pelajar lain hanya kehadiran 50% … ibubapa diberikan pilihan untuk anak mereka hadir bersemuka, kelas secara PDPR.

“Amat malang bagi kami para pengusaha bas sekolah dipaksa hadir pemeriksaan PUSPAKOM sebelum 1 Oktober 2021 bagi mengelakkan kena saman JPJ sebanyak RM150. Jadi, RM150 mungkin kecil bagi menteri dan para pengarah di MOT dan JPJ,” katanya.

Tambahnya, sesi bersemuka persekolahan tahun ini hanya sempat dalam dua bulan setengah iaitu bermula pertengahan bulan Mac, April dan awal Mei 2021.

“Perniagaan perkhidmatan bas sekolah amat BESAR KEUNTUNGANNYA.

“Itu sebabnya kerajaan tidak membenarkan dan mengedahkan rayuan kami agak pengecualian saman JPJ diberikan sehingga 31 Disember 2021. Mungkinkah kami terpaksa beralih arah?,” soalnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here