WhatsApp kena godam, individu menyamar jadi Hattan minta duit

0
2

PENYANYI popular, Datuk Hattan meluahkan rasa terkilan dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab menggodam aplikasi WhatsApp miliknya dan meminta wang daripada kenalan rapat penyanyi itu.

Pelantun lagu ‘Rendang Tak Berbuah’ itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram memberitahu telah membuat laporan polis berkenaan kejadian tersebut.

Menurut Hattan, individu tersebut telah menyamar dengan menggunakan gambarnya dan menghantar mesej meminta wang daripada rakan-rakannya.

“Saya baru balik daripada balai polis untuk membuat laporan polis. Telefon saya digodam. Petang tadi nombor telefon kawan saya yang ada gambar dia. Kemudian, dia Whatsapp saya konon-konon minta tolong.

“Malam ini gambar saya pula yang kena. Habis semua kawan-kawan saya terima Whatsapp katanya saya minta wang RM200 ke RM300. Itu adalah scam,” katanya dalam video tersebut.

Pada masa sama, penyanyi ‘Biso Bonar’ itu menegaskan kepada orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan tidak melayan perkara berkenaan.

“Jadi, kita perlu hati-hati dan jangan layan perkara sebegini.

“Walaupun saya miskin, tiadanya pergi meredah hantar kepada orang macam ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here