Wanita buat sumpah laknat, dakwa jadi mangsa pendakwah

0
2

SELEPAS dua hari berturut-turut Firdaus Wong Wai Hung mendedahkan sebuah klip video sumpah laknat dibuat ahli keluarga mangsa, hari ini pendakwah bebas itu tampil dengan rakaman sumpah sama membabitkan mangsa pula.

Menerusi saluran Telegram miliknya tengah malam tadi, pendakwah bebas itu memuat naik satu video memaparkan lafaz sumpah laknat oleh seorang wanita mendakwa menjadi mangsa pendakwah terkenal terbabit.

“Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, wabillahi, watallahi. Saya (tidak didedahkan nama) bersumpah dengan nama Allah bahawa (nama pendakwah berkenaan) memang menunjukkan kepada saya kemaluannya melalui WhatsApp dan dia beronani ketika bervideo call.

“Jika saya berdusta Ya Allah laknatlah saya. Jikalau penafian (nama pendakwaah dimaksudkan) yang mengatakan semua yang berlaku ini adalah fitnah melampau, adalah dusta maka laknat Allah ke atas (nama pendakwah dimaksudkan),” lafaz wanita berkenaan.

Menerusi klip video berkenaan, Firdaus berkata, muka dan suara mangsa telah diolah bagi melindungi identiti mangsa serta menjelaskan laporan polis sudah dibuat berhubung perkara itu.

Katanya, kesemua ahli keluarga mangsa menyokong tindakan wanita itu mengambil tindakan undang-undang bagi membuktikan kejadian itu memang berlaku.

“In Sha Allah apabila tiba masanya, keluarga contoh ini akan tampil di khalayak ramai. Mereka telah mengatasi ketakutan mereka asbab doa dan sokongan sahabat semua,” katanya.

Dalam pada itu, Firdaus turut mengajak semua pihak membantu mereka yang dizalimi dan menzalimi.

“Jangan ganggu mangsa dan ahli keluarga mangsa serta ahli keluarga (pendakwah dimaksudkan).

“Doakan yang terbaik dan doakan keadilan tertegak. Bak kata penganalisis jenayah, Tuan Kamal Afandi: Kita bukan nak kurangkan predator seksual tetapi kita nak kurangkan mangsa,” katanya.

Jelas Firdaus, beliau menasihati semua pihak supaya memiliki kesedaran awal bagi mengelak keluarga sendiri menjadi mangsa.

“Jangan sehingga ahli keluarga kita menjadi mangsa baru kita tersedar. ‘Prevention is better than cure’,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here