LIMA daripada 12 kluster baharu Covid-19 hari ini berpunca daripada tempat kerja.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster tempat kerja direkodkan dua di Johor manakala Kedah, Melaka dan Selangor masing-masing satu kluster.
Jelasnya, kumpulan berisiko tinggi merekodkan tiga kluster, dua kluster komuniti manakala pendidikan lain dan keagamaan masing-masing satu kluster.
“Bagi kluster kumpulan berisiko tinggi, dua di Selangor dan satu di Pulau Pinang manakala komuniti, Sarawak dan Pahang, masing-masing satu kluster.
“Satu kluster pendidikan di Johor dan satu kluster keagamaan di Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, 847 pesakit Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 359 pesakit ditidurkan untuk menjalani bantuan alat pernafasan.
Malaysia terus merekodkan jumlah kes sembuh melebihi kes positif baharu Covid-19 hari ini iaitu 18,074 berbanding 13,899 kes positif. – Malaysiapost

