Elyana mohon henti kongsi kisah pesakit yang tewas melawan kanser

0
2

PENYANYI terkenal, Elyana yang kini sedang menjalani rawatan kemoterapi di sebuah hospital meminta kepada orang ramai agar tidak menakutkan pejuang kanser dengan kisah-kisah kematian  akibat penyakit tersebut.

Elyana atau nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal, 34, yang menghidap kanser limfoma tahap empat berkata dia faham niat orang ramai mahu menceritakan pengalaman namun perlu memikirkan emosi individu yang sedang bertarung melawan kanser.

“Pada saat saya sedang menjalani rawatan kemoterapi.. Saya merayu sangat2 kepada anda yang ingin menceritakan pengalaman kenalan rapat anda yang tewas kerana kanser dihentikan.

“Saya faham niat baik anda, tapi tolong faham keadaan saya ketika ini yang sedang bertarung dengan mental dan fizikal.

“Jangan menakut nakut kan pesakit yang sedang sakit. Maaf jika permintaan saya ini keterlaluan,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Menerusi perkongsian di Instagram, Pelantun lagu Diriku Tapak Sulaiman itu cekal dan positif berkongsi momen ketika menjalani sesi rawatan radioterapi.

Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata itu mendedahkan akhirnya menyerah diri untuk dimasukkan ke hospital selepas lebih sebulan menanggung sakit. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here