5 lokaliti di Sabah, Pahang dikenakan PKPD

0
2
grafik

SEBANYAK lima lokaliti di Sabah dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa bermula 26 September hingga 9 Oktober.

Bagi lokaliti di Sabah, perintah itu dikenakan di dua lokaliti di Ranau iaitu Kampung Tinongian dan Kampung Karagasan serta satu lokaliti di Keningau iaitu Base Camp Bornion Timber Sdn. Bhd., Batu 46, Tulid, Sook.

Di Pahang pula membabitkan Rumah Pangsa Jalan Karak, Mentekab Temerloh dan Perkampungan Orang Asli di Pos Lenjang dan Pos Titom, Mukim Ulu Jelai, Lipis.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara(MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata keputusan itu dilakukan mengambil kira penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here