Lima gajah ditangkap di Kampung Lawar, Kelantan

0
1

UNIT Tangkapan Gajah (UTG) Kelantan berjaya menangkap lima gajah di Kampung Lawar, Jeli, Kelantan, awal September lalu.

Menurut kenyataan PERHILITAN di Facebook, operasi tangkapan itu dijalankan selama dua hari iaitu pada 7 dan 8 September lalu.

“Operasi ini dijalankan setelah tindakan awal seperti pemasangan lampu LED biru dan kaedah tembak halau yang dilakukan sejak 17 Ogos lalu tidak berjaya,” kata kenyataan itu.

Menurut PERHILITAN, semua gajah tersebut dalam keadaan sihat dan stabil.

Dalam pada itu, Jabatan PERHILITAN Kelantan turut menjalankan pemantauan berterusan di lokasi tangkapan bagi memastikan tiada kehadiran kumpulan gajah lain di lokasi berkenaan,” katanya. Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here