Jarak masa pemberian dos AstraZeneca dipendekkan ke 6 minggu

0
2
Botol Vaksin AstraZaneca di PWTC.

MULAI 1 Oktober ini, jarak masa pemberian dos pertama dan kedua vaksin AstraZeneca dipendekkan dari sembilan kepada enam minggu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ia bagi memudahkan penerima dos vaksin berkenaan yang sebelum ini terpaksa menunggu bagi tempoh yang lama iaitu sehingga sembilan minggu untuk mendapatkan dos kedua.

“Ini untuk memudahkan penerima vaksin AstaZeneca yang telah mendapat dos pertama, kita akan pendekkan jarak masa antara dos pertama dan kedua dari sembilan minggu kepada enam minggu,” katanya dalam sidang media hari ini.

Mengenai vaksinasi remaja yang bermula semalam, Khairy berkata masih ada ibu bapa yang membawa anak mereka ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara walk in sedang ia telah dikhususnya kepada penerima tertentu.

“Pemberian vaksinasi remaja berjadual di 156 PPV awam, integrasi dan sekolah bermula semalam, ia secara berjadual kecuali untuk remaja tidak bersekolah, sedang belajar di IPTA, IPTS iaitu yang masuk awal serta bersekolah di rumah.

“Mereka saja dibenarkan walk in, ia telah disebut berulang kali tapi masih ada yang walk in. Mereka yang tak tergolong dalam kategori ini, tunggu hingga dimaklumkan oleh sekolah atau melalui MySejahtera supaya program berjalan teratur,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here