Pemandu lori terbabas di NKVE positif dadah

0
3

RAKAMAN video berdurasi dua minit 54 saat yang tular mengenai sebuah lori yang hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer (KM) 10.9 Lebuh Raya Baru Lembah Kelang (NKVE) adalah disebabkan memandu dalam pengaruh dadah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi semalam dengan lori tersebut dalam perjalanan ke Subang.

Katanya, pemandu lori berusia 33 tahun itu kemudian telah hilang kawalan secara tiba-tiba yang dipercayai tertidur lalu gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas.

“Selang beberapa minit, sebuah motosikal ditunggangi seorang lelaki dari arah sama gagal mengelak dan terlanggar lori tersebut.

“Ujian saringan air kencing pemandu lori itu didapati positif methaphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramsay berkata, suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman hari ini.

Menurutnya, , siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Bagi kesalahan trafik pula, kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan semasa dibawah pengaruh dadah.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here