Polis siasat video, mesej lucah pendakwah terkenal

0
2

KUALA LUMPUR, 30 Jun -- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abdul Jalil Hassan memberi penerangan pada sidang media selepas sesi lawatan kerja di Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

POLIS membuka kertas siasatan penularan klip video dan mesej lucah di aplikasi Telegram yang didakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

Katanya, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

Sehubungan itu, Abd Jalil menasihati orang ramai menjadi pengguna media sosial bijak, berkhemah dan tidak menyalahgunakan platform itu yang menyebabkan kegentaran awam.

“Tindakan tegas akan diambil kepada individu sengaja menggugat ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mereka yang mempunyai mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Superintendan Junainah M Kasbolah atau Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohd Khabir Mohd Afandi di talian 03-2266 6071.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here