
SEBANYAK tiga lokaliti di Sabah dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa bermula Jumaat ini hingga 8 Oktober.
Bagi lokaliti di Pahang, perintah itu dikenakan di Kampung Telimau, Pos Terisu, Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands, dan PASDEC Damansara, Kuantan.
Di Sabah pula di Kampung Pangkalan Abai, Kota Belud.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara(MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata keputusan itu dilakukan mengambil kira penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19.- Malaysiapost
