
BUAT pertama kali selepas dua bulan, kes baharu Covid-19 di Malaysia mencatatkan angka di bawah 14,000 kes dengan 13,754 kes direkodkan hari ini.
Kali terakhir negara mencatatkan kes jangkitan baharu bawah 14,000 adalah pada 22 Julai iaitu 13,034 kes.
Berdasarkan data dikongsi di Facebook Ketua Pengarang Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, enam negeri mencatat kes empat angka iaitu Selangor tertinggi dengan 1,985 kes.
Ia diikuti Johor 1,913 kes, Sarawak (1,766), Sabah (1,629) Kelantan (1,264) dan Pulau Pinang 1,052 kes.
Sementara itu, Pahang mencatatkan 869 kes, Perak (844), Kedah (783), Terengganu (664) dan Kuala Lumpur dengan 383.
Tiga negeri lagi yang turut mencatatkan kes tiga angka adalah Melaka dengan 292 kes, Negeri Sembilan (175) dan Perlis 113 Kes.
Putrajaya pula merekodkan 14 kes sementara Labuan hanya lapan jangkitan baharu direkodkan. – Malaysiapost
