JUMLAH kes Covid-19 harian yang dilaporkan hari ini adalah 14,990 kes menjadikan keseluruhan kes sejak wabak berkenaan melanda negara setakat ini adalah 2,142,924 kes.
Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, di laman Facebooknya, Selangor kembali menjadi negeri dengan kes baharu harian tertinggi apabila mencatatkan 2,414 kes (664,022 kes kumulatif).
Sarawak yang sebelum ini, merekodkan jumlah kes tertinggi kini menunjukkan penurunan kes ketara dan dengan 1,712 kes (188,843 kes kumulatif), manakala Johor menjadi kedua tertinggi iaitu 1,880 kes (184,218 kes kumulatif).
Kelantan merekodkan 1,573 kes (106,330 kes kumulatif), diikuti Perak 1,490 kes (94,844 kes kumulatif), Pulau Pinang 1,224 kes (122,597 kes kumulatif ), Sabah 1,199 kes (189,322 kes kumulatif) dan Kedah 1,007 kes (128,551 kes kumulatif).
Di Terengganu kes baharu yang direkodkan adalah 852 kes (50,188 kes kumulatif), manakala Pahang 688 kes (59,091 kes kumulatif), Kuala Lumpur 338 kes (183,868 kes kumulatif), Melaka 313 kes (55,733 kes kumulatif).
Sementara itu, Negeri Sembilan mencatatkan 170 kes (96,053 kes kumulatif), Perlis 97 kes (3,371 kes kumulatif), Putrajaya 30 kes (5,956 kes kumulatif) dan Labuan hanya mencatatkan tiga kes baharu (9,937 kes kumulatif). – Malaysiapost

