Hospital hibrid kekal rawat pesakit Covid-19 – KJ

0
2

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan akan mengekalkan hospital sedia ada untuk merawat jangkitan tersebut sama ada secara penuh atau hibrid di semua negeri.

Katanya, setakat ini pihak kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan hospital khusus untuk merawat pesakit Covid-19.

“Buat masa ini, untuk memastikan kapasiti kepada kes-kes jangkitan Covid-19, kita masih kekalkan beberapa hospital sebagai hospital Covid-19 sama ada secara hospital Covid penuh atau hibrid yang dapat merawat kes-kes Covid-19.

“Perancangan itu saya tak boleh sebut berapa lama sebab kita harap bahawa dengan penurunan kes-kes kemasukan di hospital lebih banyak, hospital-hospital hibrid yang mana sebahagian daripada wadnya diambil alih untuk menguruskan rawatan Covid-19 dapat dijadikan semula sebagai hospital biasa,” katanya bagi menjawab soalan jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata sedemikian menjawan soalan Datuk Abdullah Sani (PKR-Kapar) meminta kerajaan menjelaskan apakah kini dalam perancangan untuk menubuhkan hospital kekal khusus untuk Covid-19 bagi mengawal virus tersebut jika berlaku jangkitan berganda.

Terdahulu, Malaysia semalam mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 101 kes berbanding kelmarin yang dilaporkan, 108 kes sebelum ia berubah kepada 124 kes.

Ianya berdasarkan data yang diperolehi daripada lawan sesawang https://covidnow.moh.gov.my.

Bagi jumlah kes kematian yang dilaporkan, berlaku penurunan sedikit, sebanyak 334 kes berbanding kelmarin, 301 kes, menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 24,078 kes.

Sebanyak 84 daripada 334 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes berkenaan sebanyak 4,648 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here