Ayahanda MB Selangor meninggal dunia

0
2

AYAHANDA kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Aminudin Shari, Shari Mokhsin meninggal dunia akibat komplikasi pernafasan, pada jam 5.30 tadi.

Setiausaha Politiknya, Juwairiya Zulkifli dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkhabaran itu dan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Kampung Parit Asam Kumbang, Benut, Pontian pada esok pagi.

“Marilah bersama-sama kita doakan agar urusan terakhir Allahyarham dipermudahkan, moga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan diterima segala amal kebaikannya. Al-Fatihah,” katanya.

Dalam pada itu, berita sedih tersebut turut dikongsikan Menteri Besar Selangor itu menerusi Twitternya sebentar tadi.

Menurutnya, komunikasi terakhir dengan bapanya yang dipanggil abah pada jam 1.27 petang tadi melalui aplikasi Whatsapp.

Namun, katanya pada jam 5.30 petang hari yang sama beliau menerima berita bahawa abahnya meninggal dunia.

“Sejak kanak-kanak selalu saya terfikir bagaimana harus saya lalui bila orang yang hampir dan rapat meninggal dunia.

“Terimalah takdir bahawa mati itu pasti bagi yang hidup,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here