Ku Li berhasrat hidupkan Umno lama

0
2

SAYA nak hidup balik Umno kalau ada orang berminat nak ikut sama amat dialu-alukan, demikian kata Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Veteran Umno itu berkata, terdapat rakan-rakan daripada partinya mahu Umno lama yang telah diharamkan ketika era pentadbiran bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dihidupkan kembali.

“Kawan-kawan saya bercadang begitulah…telah mencadangkan kepada saya dan kita boleh pertimbangkan kerana badan itu tak bersalah mengapa nak bunuh dia (Umno).

“Kalau kita ambil tindakan, kita ambil atas nama jawatankuasa protem untuk menghidupkan Umno yang sekarang ini yang saya sifatkan tadi pengsan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Umno diisyhtiharkan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Pada 4 Februari, 1988.

Pengharaman itu berpunca daripada tindakan sekumpulan ahli-ahli Umno yang dikenali Kumpulan 11 yang memihak kepada Tengku Razaleigh Hamzah mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan pemilihan parti yang telah berlangsung pada 24 April, 1987.

Tengku Razaleigh berkata, isu berkenaan dibangkitkan sekarang kerana ia melalui proses penyelidikan undang-undang yang panjang.

“Nampak pembatalan pendaftaran oleh pendaftaran pertubuhan adalah tidak mengikut akta pertubuhan 65 yang diberi kuasa di bawah akta tersebut.

“Jua kita berfikirkan penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi mengharamkan Umno juga diluar bidang dan sepatutnya peguam yang mewakili Umno patut melarang hakim daripada membuat keputusan sedemikian rupa.

“Ramai yang membantu saya dari segi perundangan tentang penghamaran Umno… sebenarnya tidak sah pengharamkan itu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here