Penyakit lama berulang, sesi petang Dewan Rakyat tak cukup korum

0
2

PERSIDANGAN Dewan Rakyat sesi petang hari ini ditangguhkan selama tujuh minit kerana tidak cukup korum.

Sesi petang Dewan Rakyat yang sepatutnya dimulakan 2.30 petang tertangguh selepas Cha Chee Chin (PH-Rasah) memberitahu Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon bahawa persidangan tidak boleh diteruskan kerana kekurangan korum.

Penyakit lama melibatkan para Ahli Parlimen itu jelas kelihatan di ruang kerusi di blok kerajaan yang tampak kosong.

Cha berkata, penyokong kerajaan, menteri dan timbalan menteri tidak hadir.

“Mohon speaker minta Setiausaha Dewan Rakyat semak kehadiran terutama di sebelah penyokong kerajaan dan pihak menteri.

“Saya nampak korum tidak cukup,” kata Cha.

Mohd Rashid kemudian berkata, hanya ada 19 Ahli Parlimen dalam dewan dan kemudian membunyikan loceng sekali lagi, mengingatkan Ahli Parlimen untuk hadir dan masuk.

Dalam pada itu, Teo Nie Ching (PH-Kulai) bertanya: “Di mana menteri dan timbalan menteri?”

Selepas dua minit loceng dibunyikan, barulah Mohd Rashid boleh meneruskan sidang Dewan Rakyat kerana terdapat kira-kira 27 Ahli Parlimen telah hadir untuk mengikuti perbahasan Titah Diraja oleh Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su Keong Siong.

Dewan Rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 26 Ahli Parlimen hadir dalam persidangan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here