Tak perlu kunci rakyat dalam sangkar – Bung Moktar

0
2

[PARLIMEN] TAK perlu kunci diri dalam satu sangkar yang boleh memisahkan kita dengan dunia luar, demikian kata Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN – Kinabatangan).

Menurutnya, ia bagi memastikan rakyat tidak terus menderita akibat kesan pandemik Covid-19.

“Rakyat juga sudah hilang pekerjaan. Sebab itu pengangguran meningkat dan peluang pekerjaan tidak ada.

“Macam mana nak ada peluang pekerjaan kalau semua tak boleh. Kita terlampau ketakutan dengan serangan Covid-19. Sepatutnya kena ikhtiar dan SOP kena keras sikit,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah itu menggesa kerajaan membuka sempadan negara tanpa perlu kuarantin apabila semua rakyat sama ada warganegara atau bukan warganegara telah lengkap divaksin.

Katanya, ini bagi memastikan ekonomi negara dapat ditingkatkan selepas melihat contoh beberapa negara seperti Australia yang mengumumkan akan membuka semua sempadan mereka tanpa kuarantin pada Oktober ini.

“Jadi saya ingin bertanya dengan kerajaan Malaysia, apakah kita akan terus berkurung seperti katak di bawah tempurung?

“Ataupun kita juga akan mengikuti langkah-langkah negara yang mengisytiharkan untuk membuka sempadan mereka,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here