Adakah Malaysia iktiraf pentadbiran Taliban, antara tumpuan Dewan Rakyat

0
2
Bangunan Parlimen Malaysia

ADAKAH Malaysia mengiktiraf Afghanistan di bawah pemerintahan baharu Taliban dijangka antara topik yang menjadi tumpuan dalam persidangan Dewan Rakyat yang bersambung hari ini.

Perkara itu dibangkitkan Datuk Dr Mohd Hatta Ramli (PH-Lumut) kepada Menteri Luar Negeri dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri yang bermula jam 10 pagi.

Antara soalan lain yang turut ditanya adalah status pelaksanaan Undi18 yang dikemukakan Gobind Singh Deo (PH-Puchong) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Turut menjadi tumpuan ialah soalan dikemukakan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang bertanya kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, adakah kementerian akan menurunkan lagi harga kit pengujian kendiri Covid-19.

Selepas itu, persidangan bersambungan dengan sesi perbasahasan titah ucapan diraja. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here