PDRM sahkan Nur Sajat ditahan di Thailand

0
2

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat yang sebelum ini menghilangkan diri telah ditangkap oleh pihak berkuasa Thailand.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata Nur Sajat ditahan oleh pihak Imigresen Thailand kerana memiliki pasport yang tidak sah pada kira-kira jam 6 petang, 8 September lalu.

Menurutnya, suspek kemudian dihadapkan ke mahkamah Thailand sehari selepas ditahan atas kesalahan Imigresen dan dikenakan denda.

“Suspek ini turut dikehendaki di Malaysia bersabit Seksyen 9 Report: 345/2021 di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam.

“Dia juga dikehendaki bagi siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abd Jalil berkata, usaha untuk membawa pulang suspek sedang giat dilaksanakan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here