Lawatan mengejut bukan untuk cari silap pengurusan hospital – KJ

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1631947503249","origin":"unknown","fte_sources":[],"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

LAWATAN mengejut ke Hospital Kajang, semalam adalah bagi mendapatkan gambaran sebenar situasi semasa kes Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, lawatan itu bukan bertujuan mencari kesilapan atau kesalahan pihak hospital sebaliknya lebih kepada mendapatkan maklumat sebenar di lapangan.

“Saya ingin lihat kesan vaksinasi kerana atas kertas saya terima laporan bahawa kapasiti pesakit Covid-19 di Lembah Klang ketika ini jauh beza daripada Julai dan Ogos lalu di mana kapasitinya terlalu sesak membabitkan Unit Rawatan Rapi (ICU) dan wad.

“Kita terima laporan keadaan bertambah baik, jadi saya ingin lihat sendiri betul atau tidak dan saya dapati memang betul.

“Semalam saya pergi Hospital Kajang pesakit Covid-19 di ICU hanya tinggal seorang sahaja dan wad-wad dahulu digunakan untuk Covid-19 dikembalikan untuk digunakan sebagai wad biasa,” katanya dalam sidang media Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Negeri Kedah, hari ini.

Menurutnya, selain itu beliau juga ingin memberi semangat kepada kakitangan hospital yang mungkin tertekan sebelum ini dengan kes yang meningkat.

“Saya beritahu semua pengarah-pengarah hospital bukan tujuan saya ingin mencari kesilapan atau mencari salah siapa.

“Tetapi akan ada lawatan saya seperti hari ini ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah secara rasmi dan ada kalanya saya akan buat lawatan mengejut dan akan terus melakukannya.

“Saya dapat bercakap secara terus dengan petugas barisan hadapan dan pesakit, ini lebih kepada saya berada di lapangan untuk dapatkan senario sebenar,” katanya.

Mengenai cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pengurangan kapasiti penumpang pesawat atau feri ke Langkawi melalui gelembung pelancongan, beliau memaklumkan akan membincangkan perkara itu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Covid-19.

Terdahulu Dr Mahathir mencadangkan kapasiti penumpang pesawat dan feri di kurangkan bagi memudahkan penjarakan fizikal, manakala kekurangan itu ditampung dengan menambah kekerapan penerbangan atau feri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here