Covid-19: Kes turun di bawah angka 15,000

0
2
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

JANGKITAN harian Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan penurunan apabila merekodkan 14,954 kes baharu berbanding semalam 15,549.

Berdasarkan data dikongsikan Kementerian Kesihatan (KKM), Labuan sekali lagi mencatatkan sifar kes baharu Covid-19.

Jirannya, Sarawak pula kekal negeri paling tinggi merekodkan kes baharu iaitu 2,707 kes dan diikuti Selangor dengan 2,028 kes.

Lima negeri mencatatkan kes harian positif Covid-19 di bawah paras 2,000 namun kekal empat angka iaitu Johor 1,948 kes, Kelantan (1,420), Sabah (1,356), Pulau Pinang (1,259), dan Perak (1,222).

Enam negeri merekodkan jangkitan harian tiga angka iaitu Kedah 809 kes, Pahang (705), Terengganu (671), Kuala Lumpur (383), Melaka (207), dan Negeri Sembilan (144).

Sementara itu Perlis merekodkan 76 kes 19 manakala Putrajaya dengan 19 kes.

Jumlah keseluruhan kes di Malaysia kini terus melonjak kepada 2,097,830 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here