Tentera Darat tamatkan operasi dalam Greater Klang Valley Special Task Force

0
2

GREATER Klang Valley Special Task Force (GKVSTF) dengan persetujuan Kementerian Kesihatan (KKM) telah menamatkan pengoperasian Greater Klang Valley Task Force Tentera Darat selepas beroperasi selama 41 hari.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata keputusan itu dibuat susulan situasi pandemik Covid-19 di Lembah Klang menunjukkan perkembangan positif kebelakangan ini.

“Penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sangat efektif dan beri impak besar terhadap usaha tangani pandemik di Lembah Klang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sebelum ini, katanya, seramai 1,080 anggota Tentera Darat Malaysia telah diaturgerak melalui Greater Klang Valley Task Force Tentera Darat merangkumi:

  • Oxygen Carrier Team (OSCAR) yang membantu mengangkat, mengisi semula dan menukarganti sebanyak 14,258 silinder oksigen.
  • Rapid Resupply Team (RRT) yang membantu mengambil dan mengedar peralatan-peralatan perubatan kritikal seperti katil, Oxygen Concentrators dan Ventilators
  • Body Management Team (BMT) yang telah membantu mengurus 4,442 mayat pesakit Covid-19.

“Tahniah dan terima kasih semua anggota yang terlibat. Insya-Allah, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus bantu sedaya upaya melalui pelbagai lagi operasi bagi memerangi Covid-19,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here