Lagi 53 kes positif baharu Covid-19 dikesan di Langkawi

0
2

SEBANYAK 53 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan di Pulau Langkawi, hari ini.

Berdasarkan data dikongsi Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi, kes baharu itu dilaporkan dikesan di lima mukim di pulau legenda itu.

Mukim Kuah merekodkan 29 kes positif Covid-19 baharu, diikuti Ulu Melaka (7), Kedawang (6), Ayer Hangat (5), Padang Matsirat (3) dan Bohor (3).

Berikutan pertambahan kes positif hari ini, ia menjadikan jumlah keseluruhannya 110 kes baharu direkodkan sejak Langkawi dibuka semula kepada pelancong tiga hari lalu.

Semalam, sebanyak 57 kes jangkitan Covid-19 direkodkan di pulau peranginan tersebut.

Langkawi dipilih sebagai destinasi pertama projek perintis bagi pembukaan sektor pelancongan domestik yang boleh dikunjungi bagi mereka yang memenuhi kriteria prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pelancong dari seluruh negara termasuk dari negeri yang berada dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan mengunjungi Langkawi bermula Jumaat lalu.

Sementara itu, Kedah masih merekodkan empat angka kes positif baharu Covid-19 hari ini iaitu sebanyak 1,073 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here