Kemudahan COVAX gagal, negara kaya terus bolot vaksin – KJ

0
2
Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin melawat Pusat Penerima Vaksin (PPV) Stadium Bukit Jalil pada hari pertama PPV dibuka di sini hari ini.

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin mendakwa pelan peruntukan vaksin Covid-9 global (COVAX) telah gagal dalam memastikan pengagihan vaksin secara adil kepada semua negara terutama negara miskin.

Beliau berkata, negara kaya berterusan menguasai bekalan vaksin Covid-19 dengan syarikat farmasi besar mengutamakan penghantaran bekalan vaksin ke negara berkenaan.

“Kemudahan COVAX telah gagal. Negara kaya terus membolot vaksin. Farmasi besar mengutamakan penghantaran ke negara kaya.

“Malaysia terpaksa bergelut dalam ketidaksamaan ini untuk menjadi antara 35 negara yang paling tinggi kadar vaksinasi di dunia.

“Bagaimana dengan negara-negara miskin? Dunia mesti menentang ketidakadilan ini,” katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.

Sementara itu, beliau turut membalas ciapan pengguna Twitter dengan akaun bernama Brownie Monster yang memintanya memberi perhatian terhadap sekatan kemasukan warga asing dari Asia Selatan termasuk pelajar.

“Kami akan mengumumkan berita baik untuk anda tidak lama lagi,” jawabnya.

Pengguna berkenaan mengadu pelajar dari negara itu masih disekat untuk masuk ke Malaysia sedangkan kes Covid-19 di negara mereka sudah menurun.

“Pelajar dari Asia Selatan disekat untuk masuk ke Malaysia bagi meneruskan pelajaran. Ini juga satu bentuk ketidakadilan kerana kes Covid-19 di negara kami sudah menurun.

“Tolong jangan ketepikan kami atau pelajar antarabangsa lain untuk sesi pembelajaran secara fizikal pada bulan depan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here