
AIR Selangor hari ini memaklumkan gangguan bekalan air berjadual di lima kawasan di Wilayah Hulu Langat.
Ia berikutan pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap di tiga lokasi iaitu di Taman Sri Indah Balakong, Inlet Cheras dan di hadapan pencawang pembahagi utama The Mines.
Menurut Air Selangor, kerja-kerja itu bagi memastikan sistem pengagihan bekalan air berada pada tahap terbaik demi keselesaan para pengguna di masa hadapan.
“Gangguan bekalan air berjadual akan bermula jam 9 malam, 28 September dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi, 30 September 2021.
“Pengguna dinasihatkan agar menyimpan air secukupnya untuk kegunaan seisi rumah dan pastikan semua bekas simpanan ditutup dengan selamat.
“Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300,” kata kenyataan itu. – Malaysiapost
