PROGRAM Jelajah Peduli Nadi Rakyat akan menyampaikan 10,000 pek barangan makanan asas kepada golongan memerlukan di seluruh negara mulai hari ini.
Program itu dianjurkan bersama kerajaan Selangor, PKR, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan majlis pelepasan konvoi peserta di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Amirudin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Selangor berkata setiap negeri yang disinggah konvoi jelajah itu akan menerima antara 500 hingga 1,000 pek makanan.
“Sumbangan ini sebagai tanda solidariti kerajaan Selangor dan PKR untuk membantu golongan terjejas akibat pandemik Covid-19 di negeri lain,” katanya. – Malaysiapost

