KERAJAAN sentiasa memastikan kebajikan warga Angkatan tentera Malaysia (ATM) terbela dan disanjung atas khidmat bakti yang besar kepada negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bukan sedikit yang dipertaruhkan anggota ATM demi negara, malah air mata, darah, keringat, hatta nyawa mereka sendiri.
“Terima kasih kepada seluruh warga ATM atas pengorbanan yang tidak terhingga ini,” katanya menerusi ucapan Selamat Hari ATM ke-88 yang dimuatnaik menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.
Perdana Menteri berkata ATM sentiasa siapsiaga untuk memastikan keselamatan rakyat dan kedaulatan tanah air terpelihara.
“Pelbagai eksesais dilaksanakan, bukan sahaja menguji ketahanan fizikal, taktikal, penggunaan aset, tetapi juga kesediaan mental para perwira ATM,” katanya. – Malaysiapost

