Ahmad Maslan pernah cadang Akta Anti Lompat Parti tapi tidak dipedulikan

0
3

MALAYSIA akan jadi salah satu contoh demokrasi yang terbaik di dunia jika Akta Anti Lompat Parti diwujudkan, kata Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Umno, berkata akta itu sudah dicadangkan pihaknya pada 20 Disember 2018 namun malangnya tiada siapa yang mempedulikannya ketika itu.

Beliau berkata, cadangan itu dibuat kerana merasakan tindakan melompat parti oleh mana-mana Ahli Parlimen adalah mencemarkan demokrasi.

“Saya gembira apabila dicadangkan tentang Akta Anti Lompat Parti yang juga sebenarnya telah saya cadangan pada 20 Disember 2018 lagi.

“Pada ketika itu tiada siapa yang peduli tentang akta itu tetapi saya telah dicadangkan kerana pada pandangan saya akta itu perlu diadakan.

“Ini kerana lompat itu memcemar demokrasi; lompat parti mengkhianati pengundi dan lompat melanggar etika parti,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya, antara lain yang dicadangkan mengenai akta berkenaan adalah jika Ahli Parlimen melompat parti maka secara automatik berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) dan yang melompat itu tidak dibenarkan bertanding di PRK berkenaan.

“Saya juga cadangkan agar patut dikenakan denda terhadap Ahli Parlimen yang melompat parti seperti pulangkan dana RM200,000 yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah di guna ketika kempen untuk dikembalikan kepada parti.

“Peringkat negeri juga wajar adakan akta ini untuk menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada melompat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here