PKPD: Operasi perkhidmatan awam di Kota Setar tutup

0
3
kota_setar

SEMUA premis kerajaan negeri dan operasi perkhidmatan awam Kedah di daerah Kota Setar ditangguh sehingga 25 September ini.

Ia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran, bermula tengah malam tadi.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Syed Shaharuddin Syed Abdullah, berkata ketua jabatan diminta memberi peringatan kepada penjawat awam untuk melakukan tugasan dan kekal berada di rumah serta memastikan sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh waktu bekerja.

Beliau berkata, penjawat awam termasuk pegawai hanya boleh hadir ke pejabat tertakluk kepada arahan ketika ketua jabatan pada masa difikirkan sesuai .

“Penjawat awam dibenarkan membawa pulang aset kerajaan seperti komputer riba dan dokumen berkaitan tugasan kecuali dokumen dikategorikan sebagai rahsia.

“Pegawai keselamatan perlu berada di pejabat untuk mengawal keselamatan premis bagi mengelak pencerobohan, kecurian dan sebagainya,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Syed Shaharuddin berkata, semua projek fizikal yang tidak kritikal, perancangan dan urusan perolehan juga ditangguhkan.

“Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap pegawai yang gagal mematuhi perkara terbabit melainkan mendapat kebenaran ketua jabatan,” katanya. -Malaysiapost

polis_pkp_kota_setar
Penduduk diberi peringatan oleh pihak polis.