
SEORANG warga emas ditemui tidak sedarkan diri di kerusi tempat menunggu Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) , Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor, hari ini.
Lelaki berusia 76 tahun dijumpai oleh orang awam kira-kira jam 10.21 pagi tadi, sebelum memaklumkan kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan memberitahu, susulan kejadian itu, orang awam telah menghubungi ambulans sebelum pegawai kesihatan mengesahkan kematian lelaki tersebut.
Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke unit forensik Hospital Kajang untuk tindakan lanjut.
“Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat kes.
“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – Malaysiapost
