[Parlimen] SEBELUM menamatkan sesi pagi, Dewan Rakyat hari kedua menjadi ‘kecoh’ kembali selepas beberapa orang Ahli Parlimen memprotes berhubung usul yang dibuat dalam Parlimen.
Ia selepas Gobind Singh Deo (PH-Puchong) meminta penjelasan daripada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkenaan usul untuk menukar Speaker Dewan Rakyat.
Keadaan menjadi kecoh setelah Gobind mempertikaikan jawapan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon setelah Azhar beredar dari sidang Parlimen.
Menurut Rashid, jawapan berhubung usul menukar Speaker Dewan Rakyat telah dijawab pada pihak yang membuat usul, dan tidak perlu diberitahu kepada semua Ahli Parlimen dalam dewan.
Sementara, RSN Rayer (PH-Jelutong) respon kepada jawapan tersebut dan memberitahu bahawa semua ahli Dewan Rakyat berhak untuk mengetahui jawapan berkenaan usul yang diberikan.
Sehubungan itu, RNS Rayer diarah keluar dewan selama dua hari selepas mengeluarkan kata-kata tidak sempurna yang dituju kepada Rashid.
Arahan itu dikeluarkan sendiri oleh Rashid selepas RSN Rayer enggan menarik balik perkataan ‘memalukan’ yang disebut untuk dituju kepadanya. – Malaysiapost

